Adakah anda sedang mempertimbangkan pembedahan penggantian lutut? Jika ya, sila pertimbangkan 3 soalan yang berikut: “Bagaimanakah kesakitan lutut anda mempengaruhi gaya hidup anda?” “Adakah anda sudah letih untuk mencuba pelbagai rawatan?” dan “Adakah anda tahu mengenai pembedahan penggantian lutut?”

Pembedahan penggantian lutut (Total knee replacement, TKR) adalah salah satu pembedahan tulang yang paling biasa dalam negara ini. Ia adalah prosedur pembedahan di mana sendi lutut berpenyakit digantikan dengan bahan palsu. Berdasarkan penyelidikan, didapati bahawa prosedur TKR yang dilakukan setiap tahun telah meningkat secara dramatik sejak tahun 1970-an, dan meningkat antara 5 dan 17% setiap tahun.

Matlamat utama TKR adalah untuk mengurangkan kesakitan dan meningkatkan fungsi fizikal dan kualiti hidup pesakit. Walau bagaimanapun, bukan semua orang yang mengalami sakit lutut perlu melakukan pembedahan penggantian lutut. Pesakit yang layak menjalani pembedahan ini mempunyai:

  • Kesakitan sendi yang teruk dengan beban berat badan atau pergerakan yang menjejaskan kebolehan fungsi
  • Kemusnahan tulang rawan yang luas berikutan arthritis yang serius.
  • Menunjukkan kecacatan lutut seperti bow-feet atau knock-knees.
  • Ketidakstabilan atau batasan gerakan
  • Kegagalan rawatan tanpa pembedahan atau prosedur pembedahan terdahulu

Contohnya, seseorang yang x-raynya menunjukkan lutut yang sangat degenerasi tetapi yang berfungsi rendah dalam aktiviti kehidupan harian, contohnya, seseorang yang tidak aktif dan boleh tahan kesakitan lutut mungkin bukan individu yang sesuai untuk penggantian lutut. Ini kerana pesakit yang beristirehat mempunyai tahap fungsi yang rendah, jadi masalah lutut mereka tidak akan mempengaruhi aktiviti kehidupan seharian mereka. Sebaliknya, seseorang yang mempunyai lutut yang agak merosot, aktiviti kehidupan seharian mereka terbatas dan mengalami kesakitan yang teruk adalah individu yang sesuai untuk penggantian lutut.

Terdapat empat langkah asas dalam prosedur pembedahan penggantian lutut apabila hirisan telah dibuat.

  • Sediakan tulang. Permukaan tulang rawan sendi yang rosak pada hujung tulang paha dan tulang betis dikeluarkan bersama-sama dengan sedikit tulang dasar.

  • Letakkan komponen logam. Tulang rawan dan tulang yang dikeluarkan digantikan dengan komponen logam yang mencipta permukaan sendi. Komponen logam untuk tulang paha diletakkan pada hujung tulang paha. Selepas komponen logam tulang paha ditetapkan, komponen logam tulang betis juga diletakkan pada hujung tulang betis. Bahagian-bahagian logam ini boleh disimen ke dalam tulang.

  • Memperbaiki patella. Bergantung kepada tahap arthritis, bahagian bawah patella (lutut) dipotong dan diletakkan semula dengan butang plastik. Sesetengah pakar bedah tidak memperbaiki patella, bergantung pada kes.

  • Masukkan spacer. Spacer plastik gred perubatan dimasukkan antara komponen logam untuk membuat permukaan yang licin. Spacer ini memberikan kesan licin dan geseran pada rawan sendi yang berlaku sebelum ini berkurang.

Parut selepas pembedahan

Fisioterapi sebelum dan selepas pembedahan

Fisioterapi sebelum dan selepas pembedahan yang sesuai adalah sangat penting untuk mendapatkan pemulihan maksimum selepas pembedahan. Fisioterapi sebelum pembedahan bukan sahaja boleh menjejaskan keupayaan fungsi sebelum pembedahan, malah boleh mengekalkan tahap aktiviti fizikal selepas pembedahan. Ia juga dapat mengurangkan komplikasi selepas pembedahan untuk mencapai keputusan pembedahan yang terbaik. Semasa berada di dalam wad, mobilisasi dan pencapaian fungsi untuk kehidupan seharian adalah matlamat fisioterapi yang haruslah dicapai supaya boleh discaj daripada hospital. Senaman yang dilakukan selepas pembedahan dapat mengurangkan kesakitan. Selain itu, senaman yang lebih lanjut juga boleh meningkatkan prestasi fungsi pesakit.

Senaman

Minggu

Matlamat

Rawatan

Minggu 1 – Minggu 4

  • Mengawal bengkak

  • Julat pergerakan 0-90 darjah

  • 3/5 – 4/5 kekuatan otot

  • Berjalan dengan/tanpa bantuan alat

  • Mengurangkan kesakitan

  • RICE protokol (Rehat, Ais, Memampatkan, Meninggikan kaki)

  • Pergerakan pergelangan kaki (mengurangkan deep vein thrombosis)

  • AAROM & AROM

  • Program fleksibiliti (hamstring, calf, Iliotibial band)

  • Menguatkan otot (quadriceps, hamstring, adductors)

  • Patellar mobilization (Grade I & II)

  • Menguatkan tulang belakang dan pelvis

  • Deep friction scar massage (melonggarkan tisu parut)

Minggu 4 – Minggu 8

  • Mengurangkan bengkak

  • Julat pergerakan 0-110 darjah atau lebih

  • Beban berat badan sepenuhnya

  • 4/5 – 5/5 kekuatan otot

  • Patellar mobilization

  • Program fleksibiliti – meregangkan otot

  • Latihan rintangan progresif terhad

  • Latihan closed-chain

  • Latihan proprioceptive

  • Latihan keseimbangan

  • Senaman aerobik

(berenang, berbasikal, berjalan)

> Minggu 8

  • Program pengekalan

  • Meningkatkan ketahanan kardiopulmonari

* Julat pergerakan dalam tahap ini sepatutnya ada 125 darjah

* TIDAK harus ada “Extension lag”

* Julat pergerakan yang biasa adalah 135 darjah

  • Meneruskan seperti sebelumnya

  • Latihan aktiviti kehidupan seharian

Deep friction Scar Massage (Melonggarkan tisu parut)

SENAMAN REHABILITASI

1. Senaman untuk menguatkan otot Quadriceps (Static Quadriceps Exercise)

2. Senaman untuk menambah julat pergerakan lutut (Gymball Rolling)

3. Senaman untuk menambah julat pergerakan lutut

(Muscle Energy Technique – Hold-Relax)

4. Pelvic Bridging

5. Senaman untuk menguatkan otot Vastus Medialis Oblique (Terminal Knee Extension)

Rujukan:

  1. Singh JA, Vessely MB, Harmsen WS, et al. A population-based study of trends in the use of total hip and total knee arthroplasty, 1969- 2008. Mayo Clin Proc 2010;85:898–904.

  2. Kurtz SM, Ong KL, Lau E, Widmer M, Maravic M, Gomez-Barrena E, et al. International survey of primary and revision total knee replacement. Int Orthop. 2011;35(12):1783–9.