
Kebanyakan orang tahu bahawa selepas pembedahan (terutamanya pembedahan ortopedik), fisioterapi diperlukan untuk memulihkan dan memperbaiki pergerakan sendi, fleksibiliti dan kekuatan otot, koordinasi dan kawalan keseimbangan untuk meningkatkan keupayaan penjagaan diri dan aktiviti kehidupan seharian. Walau bagaimanapun mereka tidak tahu bahawa “fisioterapi sebelum pembedahan” adalah lebih penting dan berkesan daripada fisioterapi selepas pembedahan! Kesan “fisioterapi sebelum pembedahan” telah terbukti melalui banyak kajian. Malah, apa yang boleh “fisioterapi sebelum pembedahan” bantu?
Ia boleh dibahagikan kepada beberapa aspek:
- Mengingatkan pesakit tentang masalah yang akan dihadapi oleh mereka selepas pembedahan dan cara-cara untuk Contohnya: Tongkat 4 kaki akan digunakan untuk aktiviti dalam kehidupan seharian selepas penggantian sendi pinggul / lutut. Oleh itu, cara yang betul untuk menggunakan tongkat 4 kaki atau naik dan turun tangga harus diajar kepada pesakit sebelum pembedahan. (kerana luka akan sakit dan bengkak selepas pembedahan, oleh itu pesakit susah untuk belajar cara menggunakan tongkat 4 kaki pada masa itu)
- Bagi pesakit yang memerlukan beberapa kali pembedahan. Ini kerana beberapa bahagian yang terlibat dalam kecederaan tetapi tidak dapat diselesaikan dalam satu pembedahan, jadi doktor akan menjalankan beberapa kali pembedahan untuk merawat bahagian-bahagian yang cedera. Bagi bahagian yang belum dirawat dalam pembedahan pertama, fisioterapi sebelum pembedahan boleh membantu mengurangkan keradangan dan mencegah kecederaan berulang sementara menunggu pembedahan
- Sementara menunggu masa pembedahanyang terbaik. Bukan semua kecederaan trauma memerlukan pembedahan segera, contohnya, banyak kajian sebelumnya telah menunjukkan bahawa masa yang paling optimum untuk pembedahan ligamen anterior cruciate (ACL) lutut adalah kira-kira enam minggu selepas kecederaan. Walau bagaimanapun, sesetengah pesakit menjalani pembedahan pada minggu kedua atau ketiga selepas kecederaan. Di hospital kerajaan, kebanyakan pesakit dijadualkan dalam beberapa bulan atau satu tahun selepas kecederaan. Dalam masa enam minggu selepas kecederaan, fisioterapi memainkan peranan penting untuk mencapai keadaan lutut yang ideal sebelum menjalani pembedahan. Untuk mencapai kesan maksimum pembinaan semula ACL, sendi lutut tidak perlu mengalami pembengkakan dan kesakitan yang ketara, pergerakan sendi lutut adalah normal, dan otot-otot di sekeliling sendi lutut tidak menjadi atrofi yang berlebihan sebelum pembedahan ACL.
- Senaman untuk mengoptimumkan fungsi badan dalam meningkatkan keputusan selepas pembedahan. Dislokasi tulang paha pada kanak-kanak cerebral palsi biasanya memerlukan pembedahan. Walau bagaimanapun, jika otot adductor pinggul yang spastik tidak longgar sebelum pembedahan untuk kepala tulang paha diletakkan dalam acetabulum, dan otot abductor pinggul yang lemah tidak boleh mengekalkan kedudukan tulang paha, maka dislokasi tulang paha akan berlaku lagi. Kanak-kanak perlu menjalani pembedahan lain lagi.
Fisioterapi sebelum pembedahan bukan sahaja boleh menjejaskan keupayaan fungsi sebelum pembedahan, malah boleh mengekalkan tahap aktiviti fizikal selepas pembedahan. Ia juga dapat mengurangkan komplikasi selepas pembedahan untuk mencapai keputusan pembedahan yang terbaik.
Rujukan:
- Fors, M., Enthoven, P., Abbott, A., & Öberg, B. (2019). Effects of pre-surgery physiotherapy on walking ability and lower extremity strength in patients with degenerative lumbar spine disorder: Secondary outcomes of the PREPARE randomised controlled trial. BMC Musculoskeletal Disorders, 20(1).
- Kisner, C. & Colby, L. A. (2007). Surgical Interventions and Postoperative Management. Therapeutic exercise: foundations and techniques. 5th Ed. Philadelphia, PA: F.A. Davis Company.
- Kwok, I. H. Y., Paton, B., & Haddad, F. S. (2015). Does Pre-Operative Physiotherapy Improve Outcomes in Primary Total Knee Arthroplasty? — A Systematic Review. The Journal of Arthroplasty, 30(9), p.1657–1663.