Adolescent Idiopathic Scoliosis


80% penyebab scoliosis adalah tidak diketahui. Kajian terbaru mencadangkan yang sebab utama skoliosis adalah genetik dan mengikutnya adalah faktor persekitaran. Kebanyakkan skoliosis tidak mengalami kesakitan pada tulang belakang, hanya beberapa kes yang serius akan membuat susah untuk bernafas disebabkan himpitan pada organ yang terjadi dari peralihan tulang belakang. Pemeriksaan fizikal seperti ‘posture screening’ dan ‘Adam’s test’ selalu digunakan untuk mendiagnos skoliosis, tambahan dengan x-ray untuk menentukan tahap keseriusan.



- Tahap ringan: Jikalau anak anda punya lengkungan tulang belakang kurang dari 25 darjah atau anak anda hampir matang, doktor akan menasihati untuk memerhatikan lengkungan anak anda dan memastikan anak anda membuat senaman untuk mengelak dari jadi lebih teruk. Doktor akan mengawasi anak anda setiap 3 hingga 6 bulan dan akan membuat ‘follow-up’ x-rays sehingga anak anda membesar sepenuhnya.
Dalam kajian terbaru pesakit skoliosis yang mempunyai lengkungan ada kemungkinan risiko yang tinggi untuk menjadi lebih teruk, pendakap dapat mengurangkan lengkungan yang diprogress pada tahap yang memerlukan pembedahan atau melambatkan pembedahan sehingga anak anda matang dalam masa sekali sahaja ( sesetengah kanak-kanak perlu membetulkan skrew dalam tulang belakang setiap 6 bulan disebabkan anak anda mesih membesar)
- Tahap sederhana: Jikalau lengkungan tulang belakang antara 25 darjah dan 45 darjah dan anak anda masih membesar, doktor akan menasihati untuk memakai pendakap. Walaupun pendakap tidak dapat untuk meluruskan tulang belakang yang sudah ada lengkungan tapi ia mampu mengelakkan dari jadi lebih teruk sehingga tidak memerlukan pembedahan.
- Tahap serius: Jikalau lengkungan tulang belakang melebihi 50 darjah dan anak anda masih belum besar sepenuhnya (kebanyakkan merekan akan menjadi lebih teruk dalam jangka masa yang cepat) perlu membuat pembedah untuk mengelak himpitan organ yang dari peralihan tulang belakang yang boleh mengancamkan nyawa.
Kajian membuktikan bahawa scoliosis ini adalah bukan sahaja masalah ‘musculoskeletal’ tetapi lebih kepada masalah ‘neuromusculoskeletal’. Oleh itu, saraf juga perlu diambil kira sekali.
Rancangan rawatan Komprehensif kami untuk Scoliosis Idiopathik Remaja.
Sila lawati Perkhidmatan Kami:
Pendakap Pembetulan SpineCor Scoliosis
SpineCor Bracing adalah penyelesaian bracing dinamik 3 dimensi yang digunakan untuk rawatan skoliosis idiopatik pada remaja...
Read More