Keadaan-keadaan di bawah adalah arthritis umum yang mempengaruhi lutut. Terdapat lebih daripada 100 jenis arthritis yang yang mungkin termasuk dalam simptom lutut. Orang yang mempunyai sakit lutut kronik  dinasihatkan untuk berunding dengan doktor mereka bagi mendapatkan diagnosis yang tepat.

  1. Osteoarthritis

OA adalah penyakit degeneratif, juga digambarkan sebagai “haus dan lusuh,” yang mengakibatkan kehilangan rawan. OA adalah keadaan sendi kronik, dan ketika ia berlangsung, tulang rawan yang melindungi hujung tulang secara beransur-ansur mula rosak, cecair di bahagian tengah tulang juga mula kehilangan kualiti yang menyerap kejutan dan tulang dapat mulai menggosok satu sama lain. Ini boleh menyebabkan kesakitan, bengkak dan masalah pergerakan pada sendi.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Sakit Sendi Dan Osteoarthritis

  1. Rheumatoid Arthritis

Kesakitan lutut boleh disebabkan oleh penyakit autoimun yang dikenali sebagai rheumatoid arthritis (RA). RA menyebabkan keradangan pada sendi yang boleh membuat lutut terasa bengkak,kaku,meradang,dan menyakitkan.Dari masa ke semasa, RA yang tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kekal pada sendi lutut. Rheumatoid arthritis sering menjejaskan sendi simetri.Jadi, jika satu lutut terpengaruh, bahagian lain juga mungkin akan  terjejas. Gejala ini juga biasa berlaku di tangan dan pergelangan tangan. Episod RA boleh datang dan pergi dan boleh disertai dengan gejala lain seperti keletihan.

  1. Psoriatic Arthritis

Sama seperti rheumatoid arthritis, psoriatic arthritis juga merupakan penyakit autoimun. Apabila lutut telah dipengaruhi oleh psoriatic arthritis, lutut boleh terasa sakit, kaku,bengkak,dan lembik. Sendi lain juga sering terjejas terutamanya pada sendi di bahagian jari dan jari kaki. Simptom-simptom lain adalah termasuk keletihan dan kesakitan mata. 

Psoriasis merupakan suatu  keadaan kulit. Walaupun anggarannya berbeza-beza, penyelidikan baru-baru ini menunjukkan kira-kira 20% orang yang menghidap psoriasis juga mempunyai psoriatic arthritis. Kebanyakan orang akan mengalami psoriasis selama bertahun-tahun sebelum mengalami sakit sendi yang dikaitkan dengan psoriatic arthritis.

  1. Gout

Gout merupakan  keradangan arthritis yang boleh menyebabkan pembentukan hablur asid urik (monosodium urate crystals) pada sendi lutut. Ia seperti jarum. Kristal mikroskopik mengumpul tisu lembut pada sendi lutut yang boleh menyebabkan kesakitan,bengkak,kemerahan serta keradangan. Hampir separuh daripada keseluruhan kes gout menjejaskan sendi besar kaki (metatarsophalangeal joint), tetapi kes lain menjejaskan lutut atau sendi lain.

  1. Pseudogout: Calcium Pyrophosphate Deposition (CPPD)

Seperti gout, pseudogout disebabkan oleh pembentukan kristal mikroskopik dalam sendi yang boleh menyebabkan kesakitan, bengkak, keradangan dan kemerahan yang teruk pada lutut. Pseudogout jarang berlaku berbanding gout tetapi ia lebih berkemungkinan menjejaskan sendi lutut.

Kristal mikroskopik yang menyebabkan pseudogout dinamakan sebagai kristal kalsium pirofosfat. Doktor sering merujuk pseudogout sebagai deposisi kalsium pyrophosphate (CPPD).

  1. Reactive Arthritis

Reactive arthritis biasanya menjejaskan lutut.Walau bagaimanapun, ia juga boleh menjejaskan sebarang sendi. Keradangan artritis boleh menyebabkan sakit,bengkak atau merah pada lutut. 

Reactive arthritis berkembang sebagai tindak balas kepada jangkitan seperti pepijat perut atau penularan penyakit seksual (STD). Selepas beberapa hari, minggu atau bulan jangkitan telah berjaya diselesaikan,seseorang itu boleh mengalami rasa sakit pada satu atau lebih sendi, keradangan pada mata atau gejala lain.

Berikut adalah beberapa latihan yang selamat dilakukan di rumah:

Pelvic bridging

*Tahap Kesukaran: Senaman 1>2>3 (Senang hingga susah) – Senaman lebih mudah dilakukan semasa sudut lutut lebih kecil.

Senaman untuk menguatkan Hip Extensors

*Perhatian: Pelvis tidak boleh naik semasa angkat kaki.

Senaman untuk menguatkan Hip Adductors

*Peringatan: Kaki yang atas boleh rehat di atas bantal kecil.

Senaman untuk menguatkan Hip Abductors

*Kekerapan senaman: Semua senaman harus diulangkan selama 10 kali, setiap kali harus tahan selama 10 saat

*Semua senaman boleh digunakan untuk semua jenis arthritis dan adalah selamat untuk dilakukan di dalam rumah.

*Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami untuk membuat tempahan untuk merujuk kepada ahli fisioterapi kami.

Rujukan:

  1. O’Sullivan S., Schmitz T.J.  & Fulk G.D.(2014) Arthritis. In Iversen M.D. & Westby M.D. (6th Ed.)  Physical Rehabilitation. (pp. 1031-1089). Philadelphia: F.A. Davis Company.
  2. Ebnezar J. (2006) Degenerative Disorders. Textbook of Orthopaedics. (3rd Ed.) (pp.543-555) New Delhi, India: Jaypee Brothers Medical Publishers. 
  3. Ritchlin C.T. & FitzGerald O. (2007)  Psoriatic and Reactive Arthritis: A Companion to Rheumatology. United States of America: Mosby Elsevier.