Gambar: Perbandingan posisi tubuh pesakit yang mengalami tapak kaki rata yang teruk dengan dan tanpa ortotik.

Kes Kajian

Seorang budak lelaki berusia 10 tahun mengalami tapak kaki rata yang teruk dan penyimpangan posisi badannya. Dalam gambar 1, bahu kirinya lebih condong ke atas daripada bahu kanan. Merujuk kepada garis merah, tulang belakangnya lebih menyimpang ke sebelah kiri dan beban berat badannya tidak sekata.

Selepas dia memakai ortotik yang dibuat khas,(Gambar 2), bahunya lebih seimbang, tulang belakangnya kurang menyimpang dan lebih dekat dengan garis merah. Posisi badannya menjadi lebih simetri dan beban berat badannya lebih sekata