Whole Body Vibration therapy (WBV)

 

Kenapa latihan Getaran Seluruh Badan (WBV) lebih mudah dan efektif?

latihan Getaran Seluruh Badan (WBV) akan mengaktifkan tindak balas reflektif semula jadi dalam badan dan merangsang ‘proprioception’. Pendedahan dalam getaran yang berterusan dapat mengaktifkan otot spindle (merupakan suatu receptor yang menerima rangsang dari regangan otot), dan menghantar terus ke saraf tunjang, dimana ia akan mengaktifkan ‘monosynaptic reflex arc’ menjadi penyebab otot mula menguncup. Refleksi ini dipanggil ‘Tonic Vibration Reflex (TVR). TVR adalah reaksi tanpa sedar dalam badan,dimana otak tidak terbabit dalam pergerakan rekleksi. Berbeza dengan ‘Knee jerk Reflex’ (berlaku pergerakan menendang pada kaki secara tiba-tiba setelah mendapat respon ketukan di tendon patella). Pergerakan melalui TVR tidaklah begitu besar, tapi boleh menjadi penyebab yang sama untuk memastikan otot berterusan menguncup dan menghasilkan kesan yang baik. Latihan Getaran Seluruh Badan (WBV) berkesan menggalakkan pengaktifan otot, meningkatkan koordinasi ‘intramuscular’ dan ‘intermuscular’ dan pengambilan kerja, memudahkan ‘neuromuscular’ dan kawalan pergerakan tulang. Ia juga merangsang ‘proprioception’ untuk meningkatkan kesedaran bagi kedudukan dan pergerakan badan dan otot dalam keadaan yang baik.

 

Kenapa penggunaan Getaran Seluruh Badan (WBV) lebih efektif serta meningkatkan lagi fleksibiliti badan berbanding dengan regangan tradisional? 

Berdasarkan dalam kajian, penggunaan Getaran Seluruh Badan (WBV) boleh meningkatkan fleksibiliti dalam badan secara efektif. Seterusnya, mendapatkan prestasi yang lebih baik dalam ‘bending test’, ‘straight leg raising test’ dalam penggunaan FMS. Ini adalah kerana Getaran Seluruh Badan(WBV) boleh meningkatkan ambang kesakitan, meningkatkan suhu dan peredaran darah dalam otot, serta menghasilkan otot ‘relaxation’.Dengan menggunakan Getaran Seluruh Badan dapat mengurangkan sakit , mengurangkan refleks regangan apabila melakukan senaman regangan. Seterusnya dapat meningkatkan otot ‘relaxation’